Overnight Oat Menu Sahur Alternatif Yang Mudah Ringkas Dan Sedap


Assalamu'alaikum...hai


Sahur amat digalakkan bagi mereka yang berpuasa. Malah ia merupakan amalan sunat dan sunnah Rasulullah SAW. Selain smoothies dijadikan sebagai kelainan sewaktu bersahur, makanan lain yang boleh dijadikan pilihan semasa bersahur adalah Overnight Oat.


Seperti yang kita semua sedia maklum, oat merupakan makanan yang tinggi kandungan serat dan ini akan membantu kita kenyang dengan lebih lama berbanding nasi atau mi. Oat juga amatlah sesuai diambil bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Oat juga mengandungi lebih banyak protein, kalsium, zat besi, magnesium, vitamin E berbanding bijirin lain seperti gandum.
Dengan pengambilan oat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.

Overnight Oat Resepi Mudah Untuk Sahur


Cara penyediaan overnight oat yang sangat mudah. Tidak perlu dikisar hanya campurkan dan disimpan semalaman di dalam peti sejuk untuk dimakan pada waktu sahur atau sarapan.
Dan jangan risau, tiada lagi rasa oat yang tawar hingga menyebabkan tekak rasa kembang.


Resepi ini pasti akan membuatkan anda inginkannya berkali-kali apatah lagi jika ia menjayakan misi turunkan berat badan anda.

Bahan asas :

  1. 4-5 sudu besar Oat ( Rolled oat atau boleh gunakan cooking oat brand Quaker Oat)
  2. 1 cawan Susu segar
  3. 1-2 sudu Yogurt
  4. 1-2 sudu besar madu

Bahan tambahan : (ikut kesukaan anda - optional)

  1. Chia Seeds (bagus dan sesuai untuk diamalkan)
  2. Buah-buahan kering (kurma, kismis. buah tin)
  3. Kekacang (almond, chasewnut, walnut)
  4. Coklat
  5. Serbuk Protein
  6. Mentega Kacang
  7. Nutella
  8. Sirap Coklat
  9. Buah-buahan segar (pisang, strawberi, epal, mangga, kiwi)

Cara Penyediaan 1

  1. Sediakan 1 mug atau bekas kaca supaya penyejukan lebih sekata.
  2. Masukkan bahan asas.
  3. Kemudian tambah buah-buahan segar seperti pisang, strawberi dan sebagainya mengikut kesukaan anda.
  4. Tambah buah-buahan kering dan atau kekacang
  5. Tutup. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Esok sahur boleh makan.

Cara Penyediaan 2

  1. Sediakan 1 mug atau bekas kaca.
  2. Masukkan 1 sudu besar oat
  3. Masukkan 1 sudu yogurt
  4. Masukkan buah-buahan kering
  5. Ulang semula 2 hingga 4 sehingga separuh bekas (ala-ala tiramisu)
  6. Masukkan buah-buahan segar.
  7. Tuangkan 1 cawan susu perlahan-lahan hingga habis.
  8. Tutup. Simpan di dalam peti sejuk.
  9. Jika ingin tambah kekacang disarankan tambah semasa hendak makan bagi mengekalkan kerangupan kacang tersebut.


Overnight Oat boleh diolah ikut kreativiti dan citarasa sendiri.


Menu Sahur Ringkas Dan Cepat


Selain daripada smoothies dan overnight oat, alternatif lain sebagai menu sahur yang anda boleh cuba ialah Set Mighty 3 Gems dari Shaklee dimana ianya menyediakan keperluan nutrisi harian dan membantu anda lebih cergas bertenaga sepanjang hari.

Penyediaannya yang sangat mudah dan ringkas terutama sekali jika anda terlewat bangun untuk bersahur.





Untuk dapatkan bahan-bahan overnight oat anda bolehlah mencari dan membelinya dikedai atau pasaraya berdekatan anda.

Untuk Set Mighty 3 Gems anda boleh dapatkan daripada saya dengan menekan butang dibawah 
 
http://www.wasap.my/60123923099

 
Jika anda ingin mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian sendiri secara online anda boleh klik link ini


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730


Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara pengambilan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya



WhatsApp / SMS : +60123923099 
Email : mynotavita@gmail.com

Follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : Nota Vitamin

Instagram : @chepuan_syahidanoor

Youtube : Aihits TV



Happy Sharing Happy Reading



http://www.mynotavita.com/p/blog-page_25.html








No comments: